Tuesday, September 27, 2011

Gambar


ahad lepas adalah big day.agak keterlaluan gua cakap itu hari gua.hari itu sebenarnya lebih 'besar' untuk mak gua yang banyak bersusah payah untuk buatkan that day come true.hari yang sekian lama ditunggu-tunggu.hari yang paling gua risaukan entahkan menjelma entahkan tidak.alhamdulillah gua dah selamat konvo setelah 4 tahun hidup berkampus.hari konvo yang julung2 kali gua dapat raikan.maklumlah..gua bukan budak kepala A+ macam budak sekolah MRSM yang dah penah lalui detik merayakan hari konvo dengan jubah dan topi budak tadika.so sesekali peluang pakai 'aksesori' yang mungkin hanya muncul sekali seumur hidup,so ape lah kiranya gua meraikannya dengan cara gua yang sederhana - bersama seluar hitam wrangler bundle RM40 ,kemeja nicecall bundle RM10,blazer paul smiths bundle RM15,kasut kulit pun bundle RM20 dan juga tali leher zipper pinjaman dari abang RM10++.gua sedar gua tak berkemampuan macam sesetengah orang.beli blazer dekat topman siap full suit,beli kemeja dekat zara,beli seluar kat isetan.sape lah gua ni nak beli barang2 branded macam tu semua.bak kata mak gua 'tutup atas bawah terbuka..tutup bawah atas terbuka..' ye gua sedar.gua bukan orang berada.

pagi2 tu sebelum konvo gua dah stenbai beli bateri energizer AAA untuk digunakan bersama kamera digital olympus nanti.maklumlah..hari setahun sekali sebegini rugi rasanya tak pulun abes dengan bergambar.bukan apa..buat tatapan di hari tua.agak lama sebenarnya gua tak bergambar.kalo bole di-listkan antara benda paling lama gua tak buat,gua berani letak 'photoshoot' di top of the list.kira2 makan berbulan atau mungkin jejak tahun jugak kamera digital olympus gua tersadai usang dalam kocek beg deuter.memang tak amek pusing langsung.mungkin bateri dalam kamera tu pun dah kong.sebab tu gua decide beli bateri baru.lepas je ganti bateri lama dengan bateri yang baru dibeli,gua pun tekan button 'on cam' di badan olympus.lenses yang terbenam laju memacu keluar diikuti dengan bukaan pengkatup lenses.skrin yang tadinya gelap mula mengeluarkan bacaan LCD dan selang beberapa minit,paparan free zoom captured mode pun muncul pada skrin.tertumpu pada pemandangan satu sudut bilik bujang gua.gua tenung skrin dengan mata yang tajam.

kabur dan berbintik halus seakan tompok titisan air hujan.

itu yang gua perhatikan pada skrin.tak seperti paparan selalunya - jelas dan terang.hujung lens digosok lembut dengan cebisan kain lap kaca mata dengan sangkaan mungkin ada butir habuk halus lekat pada skrin.tapi hampa.masih seperti sediakala pada paparan skrin.gua tak terus menerus gabra.gua terus tekan button 'setting' kot2 ada setting lari atau gua ter-default mode.lepas puas godeh sana sini,paparan masih lagi tak ubah seperti sebelumnya.gua dah hampir putus asa nak jadi mcgyver.takot pulak jadi seperti tikus membaiki labu.gua tekan button 'off' dan simpan semula olympus dalam beg deuter.

gua memang betul2 kecewa.pada hari gua nak menggunakan khidmat olympus,dia mula buat hal.mungkin dia tak tahu hari itu adalah big day tuannya.gua tak menyalahkan olympus.mungkin patut gua terima takdir macam tu.macam mana dia nak amek pot dengan gua sedangkan gua tak pernah nak amek pot kat dia sebelum ni?what comes around goes around.bole tahan lasak jugak olympus berkhidmat.ke gig lain,semsa berjalan ke utara lain.lagi pun hayat olympus sudah lama dan uzur.terngiang detik membeli olympus di queensbay 3 tahun setengah yang lalu.sudah tiba masa olympus untuk berehat panjang setelah penat dipetik oleh tuannya.fuh ! gua memang betol2 terdesak nak pinjam kamera sapa memandangkan masa dah suntuk.nak pinjam kawan2 pun gua dah semacam tawar hati.mungkin bukan rezeki gua agaknye untuk bergambar dengan orang tersayang di big day itu.

luar dewan dah sesak dengan lautan manusia.dengan ibu bapa lain,dengan graduasi lain,dengan staff lain,dengan photographer lain,dengan international studetnts lain, dengan pak guardnya lain.sampaikan kebarangkalian nak jumpa mak atau bapa yang tersesat pun bole jejak 1/1,000,000.dah ibarat seekor semut yang terjatuh ke dalam gula pasir gamaknya.ada yang pose bersama family mahupun rakan sekuliah,ada yang asyik melambung topi tadika,ada yang buat gaya kuak lentang atas padang rumput,ada yang mengendong jambak bunga.macam2 gelagat dan aksi.semuanya atas satu kata nama - bergambar.flash dari kamera digital mahupun DSLR memnuhi segenap ruang.

gua cuma memerhati dalam senyum yang kurang gula.tak sanggup rasanya gua nak manahan nafsu mata yang makin meliar tapi mahu tak mahu gua terpaksa memerhati gelagat sekeliling.cuma hati yang tahu betapa gua terkilan.gua simpan dalam2 perasaan itu dalam hati.biar tak ada yang perasan.

'total RM500...'

terpacul sebaris ayat dari mulut amoi putih melepak berambut lurus merangkap si photographer.gua tengok amoi ni memang ada gaya photographer profesional.gua yang payah nak senyum pun bole jadi tersenyum dibuatnya.'ter' sebab gua pun tak tahu senyuman tu gua buat2 atau betol2 ikhlas.gua harap ianya ikhlas.maklumlah ikhlas tu benda subjektif yang susah nak nampak.macam semut hitam yang duduk atas batu di tengah malam yang gelap.orang tak nampak tapi dia ada kat situ.itulah sebaris ayat saudara bahruddin bekri pasal ikhlas yang gua ingat sampai hari ni.

gua sebenarnya tersentap dengar ape yang amoi tu cakapkan kat mak gua.serious shit gua memang betol2 terkedu.dalam masa yang sama gua rasa macam nak patahkan balik masa.tak payah makan bertahun-tahun.cukuplah sekadar hanya untuk sejam yang lalu.RM500 bukan la nilai yang sedikit bagi orang kurang berada macam gua.RM500 tu banyak nilainya.lepas buat duit belanja barang rumah untuk sebulan.Rm500 jugak lepas buat beli sebiji ipod touch 32gb 2nd yang gua idam-idamkan selama ni.itu pun the cheapest in town.senang cakap RM500 tu besar nilainya bagi orang bukan korporat macam gua.

gua lihat mak gua bayar deposit yang tak seberapa.helaian kertas yang tentera digit dikeluarkan dari wallet.disisip satu persatu.gua cuma memerhati dengan perasaan yang bercampur aduk.kalaulah masa bole dihenti sebentar,gua sanggup curi duit cashier dan ganti duit yang dipegang mak dengan duit hasil curian.sampai begitu sekali imaginasi liar gua.kadang2 gua terfikir jugak kenapa orang sanggup merompak,menyamun,meragut,meminjam,memras ugut malah membunuh demi wang segera.semuanya kerana terdesak.ya terdesak dengan kesempitan.orang terdesak memang akan lakukan apa sahaja tanpa fikir baik buruk halal haram.tak percaya cuba tonton filem john q !

tak pasal2 mak gua kena belanja besar buat gua.bila gua cakap 'mahal tu mak !' dengan nada sedikit garang,mak gua hanya tersenyum tawar.'tak apa duit bole cari..anggap la ni hadiah mak kat iff..' berlegar2 kata mak di benak kepala.dalam sedang khayal menaip,mata gua turut berkaca.gua tahu kasih seorang ibu memang tinggi darjatnya.sejahat-jahat anak pun tetap dia mengaku anak.gua rasa tak perlu pun mak gua spend duit sampai beratus-ratus semata-mata nak buat studio fotoshoot.gua tak mahu sebenarnya tapi mak gua yang beriya-iya sangat mengajak.mungkin mak dapat rasa gua terkilan sebab tak dapat bergambar semasa big day tempoh hari.malah satu gambar dengan rakan sekuliah pun gua tak ada.apetah lagi dengan family sendiri.abes ilang mood gua satu hari tu.sebab tu dia semahu-mahunya mengajak gua pergi studio foto.kadang2 gua rasa terharu jugak dengan segala pengorbanan yang mak buat selama ni.sampaikan detik gua dah tak sepatutnya buat dia susah pun,dia sanggup lagi bersusah payah demi gua - demi anak dia.cis ! tembaklah diri sendiri dengan shortgun macam ape yang kurt cobain lakukan kalo satu hari nanti kita lupa akan jasa seseorang yang bergelar ibu.

dalam seminggu lagi baru bole siap gambar yang paling mahal pernah exist dalam life gua.walaupun tak sehebat monalisa,ia masih sebuah nilai - nilai yang menyimpan seribu satu macam cerita yang tak mungkin gua lupakan sepanjang hayat.

1 comment:

  1. Best la lu dah konvo. Hidup bebas. Kalau omputih abis konvo diorang pegi travel. Tak pun pegi gash kat Pakistan. Dah puas travel baru keje.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...