Wednesday, August 24, 2011

Scene Kad Raya


dekat2 nak raya ni,hampir semua tempat awam jadi tumpuan orang.malah toilet awam pun tak kurang dengan sesak orang ramai.certain time sesak mampat macam ikan sardin botan dalam tin.tapi situasi hari raya memang jauh beza dengan tahun baru cina - lengang sepi macam baru lepas tamat perang dunia kedua.

keadaan sesak & packed ni jugak gua alami masa dekat post office tadi.memandangkan gua dah hold nak post baju yang orang dah bank in semalam,so gua nekad pergi post baju tu hari ini jugak.nak jadi ape jadilah yang penting baju tu berjaya di-post hari ni.kalo tak mampos mengamok orang yang beli baju ni nanti.silap ari bulan gua pulak yang kene maki.tak pasal2 je kene maki free di bulan2 puasa ni.

menolak je pintu masuk ke post office gua dah tak sedap mata.hati pun same naik gara2 melihat lautan manusia yang masing2 dengan urusan sendiri.mostly memang bersepah-sepah parcel.post stok kuih raya,baju kebaya ke kampung mungkin.gua pun macam biase terus que-in dalam line yang agak panjang kebelakang.dari seorang ke seorang settle berurusan.selang 2 orang beratur depan gua seorang uncle yang dari raut wajah dan style ada gaya orang separuh abad.dengan baju kemeja jalur panjang,seluar slack dan berkasut.sekali pandang macam pengetua PIBG sekolah pun ada.

tiba giliran uncle ni,gua rase ada la dalam 10 minit jugak dia berurusan di kaunter.gua dah panas punggung berdiri.tapak kaki dah rasa macam baru tamat merentas desa.sesekali tu,gua sempat mencuri pandang ke kaunter.ada la kurang dari 10 pucuk keratan siap bersampul surat berterabur atas meja.nak settlekan satu2 je dah makan masa.nak megeluh pun tak ada guna.menambah dosa je bulan2 puasa ni nak buat ape.sambil2 buat2 muka cool tu gua saja main teka2 dengan diri sendiri.gua tak syak yang bukan2.jauh kata hati mengatakan uncle ni mesti nak post kad raya.kalo dah bersepah-sepah macam tu agak2 la nak post ke pejabat perdana menteri pulak kan.

sampai je giliran gua,gua pun settlekan dulu mane yang patut.sambil2 berurusan tu gua saje2 tackle akak jage kaunter tu dengan satu pertanyaan yang dah lame gua standby time tengah kematu berdiri tadi.

'kak,uncle tadi tu post kad raye ke kak?'

akak kaunter tu pun balas 'aah dik.kad hari raya.maklumlah nak dekat2 raye ni memang macam ni la..'

***
sepanjang hidup,gua paling tak bole lupa terima kad hari raya yang diterbangkan jauh dari manchester oleh seorang teman yang further study kat sana.dari bekas makwe tak usah cerita la.6 tahun lepas punya cerita buat ape nak kenang2.enta2 mak gua dah terbuang dah kad raya tu time kemas2 bilik.

serious shit lame giler gua tak post mahupun terima kad raya.scene SMS dah lebih maju tinggalkan zaman post menge-post kad raya ni.sekarang ni pun kalo tengok,jualan kad raya dah tak semeriah dulu.kalo dulu orang siap gantung2 kad raya buat hiasan.

zaman dan berubah,orang mane pandang sangat lagi pada scene kad raya ni.masing2 keluarkan handfon dari poket dan start SMS wish raya.lagi urban sket diorang MMS gambar kad hari raya dalam bentuk gif kepada orang tersayang,family mahupun membe2.

2 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA !!! hee. :)

    ReplyDelete
  2. Umedia Network : SELAMAT HARI RAYA jugak ! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...