Monday, August 1, 2011

Nekad

gua ni memang tak gamble mane.hati pun tak kental mane sebenarnya nak buat nekad2 ni.kadang2 gua lebih rela bermain dengan dilemma lebih2 lagi bile berdepan dengan situasi membuat sesuatu pilihan.dengan erti kata lain bukanlah gua ni seorang yang tak berani tapi lebih pada nilai berhati-hati.biarlah gua pening2 ayam masa nak buat keputusan daripada kecewa dikemudian hari akibat membuat keputusan yang salah.ingat nak nekad ni senang2 macam nak masak maggi ke?

gua ada bace satu buku saudara bahruddin bekri berjudul 'diari mat despatch - edisi lelaki baik'.sebuah buku yang pada gua sangat santai dan sedap2 buat bace.sesuai sangat dibace oleh semua golongan lelaki yang payah sangat nak cari definisi lelaki baik tu macam mane.dalam buku tu ada memetik satu teknik disebut 'nekad sesaat memasuki bilik mayat' pertama kali dengar nama gua dah naik gerun apetah lagi nak praktikkan.

menurut saudara bahruddin,sifat berani akan datang lepas kita selesai nekad.bayangkan seoarang lelaki pemalu nak tackle awek cun.laki ni tak akan berjaya dapat no fon atau paling2 sengkek pun dapat tegur kalo dia tak nekad mengatasi rase malu tadi.jika ada respond,waktu ni la baru berani akan bermaharajalela.lebih kurang macam tu la situasinya.gua pun bersependapat dengan saudara penulis - kebanyakan orang sebenarnya takot nak nekad bukan takot untuk jadi berani ! ini la mungkin ape yang terjadi pada diri gua sendiri. - kerap sangkut dipermulaan nekad dan kecundang untuk berani.

bile fikir benda ni fikiran gua jadi tak tenteram.gua bukan seorang yang bacol jauh sekali mandul.tak ada orang lain yang akan jadi ketua untuk diri sendiri kalo bukan diri gua sendiri.selalunya gua akan nekad bile terdesak atau tiada pilihan lain.gua sangat fikirkan akibat dari tindakan bile nak nekad.kalo baik itu alhamdulillah tapi kalo sebaliknya itu yang keras2 mahu ditolak.

kire2 ada bagos jugak teknik nekad sesaat memasuki bilik mayat ni.bukan bilik mayat yang perlu digentar tadi biarlah gentar untuk gagal bertindak nekad.

eh nak menulis entri baru pun kene nekad sebenarnya.kalo tak mane mungkin terhasil sebuah entri even ianya jahanam sekalipun.sedar tak sedar,gua dah berjaya menembusi tembok nekad dan berjaya jadi berani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...